Info Projek "Learning Space" USIM

Definisi “Learning Space” USIM:

  • Ruang pembelajaran yang berteraskan prinsip-prinsip pembelajaran, dilengkapkan dengan persekitaran pembelajaran natural, fleksibel dan functional yang disokong teknologi moden dan diadunkan dengan pengintegrasi ilmu naqli dan aqli untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran (learning experince) bertumpukan pelajar (student centered learning), dicapai di mana-mana pada bila-bila masa.

Ciri-ciri “Learning Space”  USIM :

  • Berasaskan pembelajaran pelajar (Student Centered Learning)​
    • Tumpuan pembelajaran alaf baharu abad ke-21 adalah pembelajaran bertumpukan pelajar dan adaptive dan personalized learning.
    • Penumpuan konsep Learning Space bagi menggalakkan pelajar berkongsi, berkolabrasi dan menghasilkan invosi (share, collaborate, create). ​
  • Menyokong kolabrasi antara pelajar dan guru, pelajar dan pelajar
    • Bagi tujuan kolabrasi, adaptasi teknologi pengajaran yang bersesuaian.
    • Paparan dan capaian material dalam pelbagai bentuk dan dapat dicapai melalui BYOD, paparan di TV akan menggalakkan kolabrasi antara pelajar, guru dan pihak luar.
  • Infrastruktur dan rekabentuk mudahalih (fleksible)​
    • Menyediakan ruang pembelajaran yang modular di mana ruang ini menyokong pelbagai format pembelajaran dan format berkumpulan​.
    • Menyediakan perabot yang ergonomic, mudahalih bagi menyokong pelbagai format pembelajaran​.
  • Menyokong sepenuhnya capaian wireless​
    • Bagi mencapai maksud mudahalih (fleksible), ruang pembelajaran ini perlu dilengkapkan dengan sistem rangkaian wireless sepenuhnya.​
    • Menggalakkan pelajar bergerak dengan mudah dan mencapai internet melalui BYOD masing-masing.​
  • Integrasi teknologi pengajaran​
    • Bagi menyokong konsep SmartClassroom, pelbagai teknologi pengajaran perlu diadaptasi seperti Sistem e-pembelajaran (GOALS, OER), Video Conference, Virtual Desktop Infrastructure (VDI), Wireless presenter, Swipe dan lain-lain teknologi pengajaran yang bersesuaian yang memudahkan capaian pelajar dan pensyarah.​
  • Persekitaran natural
    • Mewujudkan persekitaran natural melalui pencahayaan dan warna dinding yang natural memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi keselesaan kepada pelajar dan tenaga pengajar.​
    • Cahaya yang cerah daripada lampu fluorescent perlu diganti dengan lampu yang sedikit malap (natural).​

Senarai Sebut Harga “Learning Space” USIM :

Sebutharga Elektrikal
Sebutharga Mekanikal
Sebutharga Renovasi
Sebutharga ICT & AV

Pendaftaran Syarikat :

  • Sila klik di sini untuk pendaftaran syarikat.